Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Trump meminta beberapa negara menghantar kapal perang ke Selat Hormuz selepas Iran didakwa menutup laluan itu. Iran bertindak balas susulan serangan Israel-AS yang menyebabkan korban besar dan meningkatkan ketegangan serantau.
Transcript
00:00Seterusnya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan negara yang terjejas oleh cubaan Iran untuk menutup selat Hormuz akan menghantar kapal
00:09perang bersama-sama Amerika bagi memastikan selat itu kekal terbuka dan selamat.
00:14Dalam satu kenyataan di platform True Social miliknya, Trump menggesa China, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom supaya menghantar
00:24kapal perang untuk mengawal keselamatan di selat Hormuz.
00:30Trump mendakwa Amerika telah memusnahkan 100% keupayaan ketenteraan Iran.
00:35Namun pada masa sama, katanya adalah mudah bagi Iran untuk menghantar satu atau dua drone menggugurkan periuk api atau melancarkan
00:44peluru berpandu jarak dekat di mana-mana sepanjang atau di dalam laluan air di selat Hormuz.
00:51Beliau juga menafikan laporan yang mendakwa lima pesawat pengisi minyak Amerika telah diserang dan tidak lagi dapat digunakan dalam satu
01:00serangan di sebuah lapangan terbang di Arab Saudi.
01:04Trump berkata ia merupakan satu lagi berita palsu yang tidak perlu dipercayai.
01:09Menurut beliau, empat daripada lima pesawat itu hampir tidak mengalami sebarang kerusakan dan kembali beroperasi.
01:18Iran telah menyekat sepenuhnya laluan di selat Hormuz sejak 1 Mac, susulan serangan bersama oleh Israel dan Amerika terhadap Iran
01:26pada 28 Februari lalu.
01:29Setakat ini, perang telah mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk pemimpin agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamini dan pemusuhan sejak
01:38itu semakin memuncak.
01:41Teheran telah bertindak balas dengan serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Irak dan negara teluk yang menempatkan
01:50aset ketenteraan Amerika sekaligus mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan pada infrastruktur awam.
Comments

Recommended