00:00Sinar awal ini dimulakan dengan titah Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Syah yang menzahirkan rasa tidak berkenan terhadap penyebaran spekulasi
00:08tarikh Hari Raya Aidilfitri dalam media sosial.
00:12Menerusi kenyataan pada Jumaat baginda bertitah spekulasi dan ramalan membuta tuli mengenai tarikh Aidilfitri boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat
00:21Islam.
00:23Sultan Syarafuddin menegaskan orang ramai perlu merujuk kepada kenyataan rasmi dan tidak membuat andaian tanpa asas.
00:30Sehubungan itu, orang ramai diminta merujuk kepada kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor serta khutbah Jumaat berkaitan perkara tersebut.
00:39Baginda menegaskan, pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri hanya akan dibuat oleh penyimpan muhur besar Raja-Raja pada 19 Mac
00:472026 selepas mendapat perkenaan Madlis Raja-Raja Melayu.
00:52Sultan Syarafuddin bertitah, Malaysia mempunyai kaedah tersendiri dalam menentukan permulaan Ramadan dan syawal melalui kaedah Rukiah dan Hisab.
01:01Kaedah itu telah lama dipersetujui Madlis Raja-Raja dan tidak perlu dibandingkan dengan penetapan negara lain.
01:08Baginda turut menjelaskan permulaan bulan Islam bergantung kepada kenampakan anak bulan dan data kerudukan bulan ketika cerapan di setiap negara.
01:16Dalam pada itu, Baginda mengingatkan umat Islam agar tidak terlalu fokus kepada perbincangan tarikh Hari Raya sehingga mengambaikan ibadah pada
01:2510 malam terakhir Ramadan.
01:27Baginda menyeru agar tempoh berkenaan dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadah, doa dan memohon keampunan.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments