00:01Jumlah jualan kenderaan elektrik EV global terus mencatatkan penurunan pada Februari apabila pendaftarannya di seluruh dunia merosot 11% didorong
00:11kejatuhan ketara jualan di China pasaran EV terbesar dunia.
00:15Menurut data firma perunding Benchmark Mineral Intelligence BMI, penurunan itu merupakan kejatuhan terbesar jualan EV di China sejak bermulanya pandemik
00:24COVID-19 pada awal 2020.
00:30BMI memaklumkan China mencatatkan penurunan sebanyak 32% tahun ke tahun bagi pendaftaran kenderaan elektrik bateri dan hybrid plug-in
00:38pada Februari kepada kurang 500,000 unit.
00:41Pengurus data BMI Charles Lester berkata, pengguna kini semakin sensitif terhadap harga sekaligus menjejaskan permintaan terhadap EV.
00:50Secara global, pendaftaran EV jatuh untuk bulan kedua berturut-turut pada Februari kepada sedikit melebihi 1 juta unit iaitu paras
00:58terendah sejak bulan sama pada 2024.
01:01Di Amerika Utara, pasaran EV menyusut sebanyak 35% kepada kurang 90,000 unit jualan menandakan penurunan untuk bulan kelima
01:09berturut-turut.
01:11Kemerosotan itu berlaku selepas skim kredit cukai EV di Amerika Syarikat berakhir pada September tahun lalu serta cadangan pentadbiran Presiden
01:19Donald Trump untuk mengurangkan lagi pewaian pelepasan karbon dioksida.
01:24Di Eropah pula, beberapa negara mula melonggarkan sasaran pelepasan karbon.
01:28Namun, jualan EV di rantai itu masih meningkat 21% pada Februari walaupun kadar pertumbuhan lebih perlahan berbanding kebanyakan tempoh
01:36tahun lalu.
01:37Sementara itu, pendaftaran EV di negara lain di seluruh dunia melonjak 78% kepada lebih 180,000 unit didorong oleh
01:45pengembangan syarikat otomatif China ke pasaran Asia, Australia dan Eropah di samping persaingan sengit dalam pasaran domestik mereka.
01:54Terima kasih.
Comments