00:00Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian menikam seorang pemuda di Sungai Udang Melaka malam tadi di Reman 7 hari bermula
00:08Kamis.
00:08Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkairi Mukhtar berkata, Reman hingga 18 Mac terhadap suspek berumur 43 tahun itu dibenarkan Magistret Nur
00:17Afiqah Radia Zainurin selepas mendapat permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Magistret Ayakeruh hari ini.
00:24Beliau berkata siasatan mendapati suspek sebelum ini meminjamkan sebuah telefon bimbit kepada mangsa beberapa hari lepas kerana telefon bimbit mangsa
00:33rosak.
00:33Mangsa dikatakan tidak memulangkan telefon bimbit yang dipinjam daripada suspek atas pelbagai alasan dan suspek pula beranggapan mangsa telah menjual
00:42telefon bimbitnya untuk membeli dadah.
00:44Pertemuan tersebut kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan sebelum suspek dipercayai menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah parang dan mangsa meninggal dunia
00:54di tempat kejadian selepas parah di dada dan kepala.
00:58Zulkairi berkata suspek kemudian melarikan diri ke sebuah bangunan dan cuba bersembunyi di dalam sebuah kenderaan tidak berkunci namun berjaya
01:06di kepung dan ditahan polis di lokasi dengan bantuan orang ramai.
01:09Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah serta kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302
01:19Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Comments