Skip to playerSkip to main content
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka pada Khamis atas pertuduhan menyalahgunakan wang geran berjumlah RM30,000 milik Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Sara Frederica Santa Maria, 57, dan suaminya Sikim Gompongan, 60, didakwa dilakukan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/771451/berita/semasa/pasangan-suami-isteri-tak-mengaku-salah-guna-duit-pesta-de-san-pedro

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #salahgunawanggeran
Transcript
00:00Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Session Air Keruh Melaka pada Khamis atas pertuduhan menyalahgunakan wang geran berjumlah RM30,000
00:09milik Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, MOTEC, dua tahun lalu.
00:15Tertuduh Sarah Frederica Santamaria, 57 tahun, dan suaminya Sikim Gomponga, 60 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di
00:27hadapan Hakim Elizabeth Payawan.
00:30Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama-sama antara 26 Jun hingga 25 September 2024 di sebuah bank cawangan
00:39Taman Melaka Raya, Melaka Tengah, telah menyalahgunakan wang peruntukan geran sokongan sektor kebudayaan berjumlah RM30,000.
00:48Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di bawah Seksyen 403 Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.
00:57Peruntukan itu diberikan oleh MOTEC bagi penganjuran program Pesta de San Pedro 2024 di Kampung Portugis.
01:06Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah
01:16sehingga pelupusan kes serta perlu melapur diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Melaka.
01:22Mahkamah juga menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes.
Comments

Recommended