Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tidak terkesan dengan kritikan Abdul Hadi Awang mengenai Rumah Bangsa. Tok Mat berkata fokus UMNO kini ialah bangkit semula selepas PRU14 dan PRU15. UMNO juga sudah membincangkan kesiapsiagaan PRN Melaka dan Johor, namun tarikh masih belum ditentukan.
Transcript
00:00UMNO tidak tergugat dengan kritikan mana-mana pihak termasuk Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai inisiatif Rumah Bangsa.
00:08Timbalan Presiden UMNO, Datuk Sri Mohd Hassan berkata, fokus utama UMNO ketika ini ialah membangunkan semula parti selepas ditolak pengundi
00:16pada pilihan raya umum PRU ke-14 dan ke-15.
00:23Menurut beliau, UMNO adalah satu-satunya parti paling harmoni dalam negara dan mereka sedang dalam proses bangkit semula dan mahu
00:30parti itu bermula daripada dalam.
00:33Muhammad mengulas kritikan Abdul Hadi yang menyifatkan Rumah Bangsa sebagai struktur tidak selamat dan dihuni hantu.
00:39Menurutnya, Abdul Hadi kerap membuat kaitan yang bercanggah dan tidak perlu untuk beliau memberi sebarang komen terhadap Presiden PAS itu.
00:46Dalam perkembangan lain, Muhammad berkata, UMNO sudah membincangkan kesiapsagaan untuk menghadapi pilihan raya negeri PRM Melaka dan Johor.
00:54Namun katanya tiada keputusan dibuat mengenai tarikh PRM kedua-dua negeri itu, termasuk sama ada ia akan diadakan secara serentak
01:00atau berasingan.
01:02Setakat ini, UMNO telah mengarahkan cawangan UMNO untuk bermesyuarat pada April sehingga Mei dan bahagian UMNO untuk bermesyuarat pada Jun
01:09sehingga Julai bagi memastikan jentera parti bersedia membanturakan parti di Melaka dan Johor.
01:14Beliau juga enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan PRU diadakan serentak dengan PRN.
01:20Jelasnya, keputusan PRU adalah prerogatif Perdana Menteri.
01:24Beliau menegaskan fokus kerajaan dan UMNO ketika ini adalah memastikan momentum pertumbuhan ekonomi kekal positif serta bersedia menghadapi kesan perang
01:32di Asia Barat.
Comments

Recommended