Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Lebih 14,000 penjawat awam Terengganu menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri bermula Khamis.
Transcript
00:00Lebih 14,000 penjawat awam terengganu menerima bantuan khas kewangan dan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri bermula Khamis.
00:08Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mukhtar, pemberian bantuan tersebut bagi membantu meringankan beban penjawat awam negeri membuat
00:16persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.
00:19Katanya, bantuan kewangan tersebut diberikan kepada semua kakitangan kerajaan tanpa mengikut grid.
00:24Ketika ditanya mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung keputusan tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini,
00:32Ahmad Samsuri menyambut baik langkah tersebut.
00:35Jelasnya, maksud yang disampaikan oleh Perdana Menteri itu merujuk kepada penggunaan dana awam.
00:41Namun, sekiranya jabatan-jabatan agensi ataupun syarikat berkaitan kerajaan JLC negeri ingin mengadakan program Hari Raya secara potluck ataupun juadah
00:50bawaan, sesama mereka ia tidak menjadi halangan.
00:54Terima kasih.
00:56Terima kasih.
Comments

Recommended