00:00Penggunaan kemudahan pembayaran beli sekarang, bayar kemudian atau buy now pay later BNPL dalam kalangan belia Malaysia menimbulkan kebimbangan apabila
00:09golongan berumur 30 tahun ke bawah menyumbang kira-kira 40% daripada semua transaksi BNPL di negara ini.
00:15Menurut Timbalan Menteri Kewangan Liu Chin Tong, meskipun BNPL hanya menyumbang sebagian kecil daripada hutang isi rumah, penggunaannya yang pesat
00:24termasuk bagi barangan keperluan harian mencerminkan cabaran pendapatan yang lebih mendalam dan wajar diberi perhatian.
00:33Pertama, negara perlu menguruskan risiko yang ditimbulkan oleh penyedia kredit yang tidak dikawas selia kerana penyedia BNPL, syarikat kutipan hutang
00:41dan pengendali lain di luar sistem kewangan tradisional, tidak dilindungi di bawah undang-undang sedia ada.
00:47Jelasnya, ini menyebabkan risiko seperti terma yang tidak adil, yuran tersembunyi dan pengutipan hutang secara agresif.
00:54Kedua, pemantauan industri kredit kini tersiwa di pelbagai kementerian dan agensi, masing-masing beroperasi mengikut mandat dan pihawai yang sendiri.
01:02Jelasnya, keperbagian ini meningkatkan risiko penguatkuasaan yang tidak konsisten dan membuka ruang kepada tingkah laku tidak bertanggungjawab.
01:09Chin Tong berkata, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia BNM telah memperkenalkan pelbagai langkah bagi membendung isi rumah daripada Tejurumus ke
01:16dalam hutang berlebihan, serta memastikan layanan yang adil terhadap penyeminjam.
01:20Namun, risiko baharu telah mendorong keperluan pengenalan Akta Kredit Pengguna 2025.
01:25Akta Kredit Pengguna 2025 yang diluluskan Parlimen pada 2025 telah diwartakan pada 31 Disember 2025 dan berkuatkuasa mulai 1 Mac
01:352026.
01:36Dalam pari itu, Chin Tong berkata, satu daripada komponen utama Akta tersebut ialah penubuhan Suhan Jaya Kredit Pengguna SKP yang
01:43akan mengawal enam sektor yang kini tidak dikawaselia termasuk penyedia BNPL, syarikat penyewaan dan factoring, agensi kutipan hutang, pembeli pinjaman
01:53bermasalah serta agensi kaunseling dan pengurusan hutang.
01:55Pada masa sama, Chin Tong mengingatkan bahawa proses pemberian lesen kepada penyedia kredit dan pendaftaran penyedia pengguna kredit akan bermula
02:031 Jun 2026 dengan tempoh peralihan enam bulan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.
Comments