Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sultan Pahang menyeru usahawan PKS mempercepat permohonan sijil halal yang kini diproses dalam kira-kira 30 hari, sambil menekankan bimbingan JAIP serta kepentingan memelihara ekosistem halal dalam kehidupan dan perniagaan.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah menyeru usahawan perusahaan kecil dan sederhana PKS supaya merebut peluang mendapatkan
00:09pensijilan halal bagi memperkukuh keyakinan pengguna serta mempeluas pasaran perniagaan.
00:15Baginda bertitah, pensijilan halal bukanlah satu beban, sebaliknya langkah itu ialah pelaburan jangka panjang yang menjamin kualiti, integriti serta membuka
00:25peluang pasaran lebih luas pada peringkat nasional dan antarabangsa.
00:31Titah baginda menerusi hantaran di Facebook, inisiatif mempercepat proses kelulusan pensijilan halal yang kini dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira
00:3930 hari berbanding 90 hari sebelum ini merupakan langkah positif dalam memudahkan permohonan serta memperkasa ke industri halal di negeri
00:46ini.
00:46Baginda bertitah demikian ketika berkenaan berangkat memasyurkan Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa
00:53Bilashah, Kampung Simpang Tebing Tinggi Jerantut.
00:56Sultan Pahang bertitah Jabatan Agap Islam Pahang sentiasa bersedia memberikan bimbingan kepada para peniaga yang ingin mendapatkan pensijilan halal.
01:04Dalam hari itu, Al-Sultan Abdullah bertitah umat Islam perlu sentiasa memelihara batas halal dan haram dalam setiap urusan kehidupan
01:11bagi memastikan keberkatan serta kesejahteraan masyarakat.
01:14Baginda menegaskan bahawa konsep halal bukan sekadar meribatkan makanan, malah telah menjadi satu ekosistem kehidupan yang merangkumi pelbagai sektor termasuk
01:22peniagaan, kewangan, perubatan, logistik serta gaya hidup manusia secara keseluruhannya.
Comments

Recommended