00:00Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq menggesa pihak yang menyebar fitnah mendakwa Kementerian Pendidikan mengadakan program di sebuah gereja
00:09supaya tampil membuat permohonan maaf. Beliau menegaskan dawaan berkenaan tidak benar kerana sesi libat urus itu sebenarnya diadakan di Dewan
00:21Sebuah Sekolah Antarabangsa.
00:24Sebenarnya program itu diadakan di sebuah sekolah antarabangsa di mana berlakunya satu sesi libat urus berkaitan dengan apa ini yang
00:35kita panggil sebagai pemegang taruh sekolah-sekolah ataupun prasekolah swasta.
00:39Dan ia sesi itu berlaku di dalam Dewan dan bukannya seperti yang didakwa di dalam gereja. Sebab itu saya tegaskan
00:46tadi ini bulan Ramadan dan apa sahaja fitnah dan juga berita-berita yang
00:52cuba menggaru-gugat soal yang terkait rapat dengan keharmonian dan juga membangkitkan rasa marah dan salah faham dalam masyarakat tidak
01:03boleh dibiarkan.
01:04Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Madani Ihya Ramadhan KPM di Seberang Jaya Pulau Pinang pada Jumaat.
01:12Kementerian sebelum ini menjelaskan pemilihan lokasi itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan yang tersedia selain mengetengahkan peranan sekolah antarabangsa
01:22sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan swasta negara.
Comments