Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Sukma Ria ketika lawatan kerja sehari ke Sarawak, sebelum menghadiri mesyuarat pembangunan dan majlis berbuka puasa peringkat negeri.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan Sukmaria ketika lawatan kerja sehari ke Sarawak pada Jumaat.
00:10Beliau turut menyantuni peniaga dan pengunjung yang membuat persiapan berbuka puasa.
00:17Anwar meluangkan kira-kira 20 minit berinteraksi dengan peniaga dan orang ramai yang hadir di Bazar Ramadan Sukmaria.
00:24Beliau diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadila Yusof.
00:31Terdahulu Anwar menghadiri mesyuarat khas pembangunan bahagian di Kompleks Satria Pertiwi.
00:36Beliau kemudian meneruskan program dengan menghadiri majlis berbuka puasa Madani 2026 beringkat Sarawak di Masjid Jamik, Negeri Sarawak.
00:45Lawatan itu merupakan sebahagian daripada program rasmi Perdana Menteri bagi mendekati rakyat serta meninjau perkembangan pembangunan di negeri berkenaan.
00:54Tazkirah Ramadhan sebagainya.
Comments

Recommended