Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Semua 70 jemaah Malaysia dilaporkan selamat selepas kebakaran berlaku di Hotel Mira Ajyad, Makkah. Wisma Putra dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah terus memantau situasi serta berkoordinasi dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan agensi pelancongan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan jemaah.
Transcript
00:00Wisma Putra mengesahkan semua 70 jemaah Malaysia selamat susulan kebakaran di Hotel Mira Ajiat Mekah pada Khamis.
00:09Kementerian Luar melalui Konsulit General Malaysia di Jeddah terus berkoordinasi dengan pihak berkuasa Arab Saudi
00:16serta agensi pelancongan umrah Malaysia bagi memastikan keselamatan jemaah.
00:24Menyelusi satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan semua jemaah telah dikenalpasti dan dilaporkan dalam keadaan selamat.
00:31Kebakaran di Hotel Mira Ajiat Mekah berlaku sekitar lima petang waktu tempatan pada Khamis.
00:37Maklumat awal mendapati kira-kira 70 jemaah Malaysia menginap di hotel tersebut di bawah kelolaan TH Travel, Zahafis Travel dan
00:44Rehal Travel.
00:45Pemeriksaan susulan oleh Konsulat General Malaysia di Jeddah mendapati beberapa jemaah berkumpul dengan selamat di sekitar kawasan hotel.
00:54Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa Arab Saudi dan tiada petunjuk serangan drone atau unsur sabotaj.
01:01Untuk keselamatan, para tetamu tidak dibenarkan kembali ke bilik mereka sementara siasatan dan pemeriksaan keselamatan dilaksanakan.
01:09Wisman Putra menasihati jemaah Malaysia di Mekah untuk kekal tenang dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta agensi pelancongan.
01:18Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsular General Malaysia di Jeddah di paparan tertera.
Comments

Recommended