• 9 months ago
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggesa kerajaan mendedahkan dapatan pasukan khas berhubung dakwaan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bagi menghentikan spekulasi dan memastikan ketelusan kepada rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa kerajaan mendedahkan dapatan pasukan khas yang menyiasat dawaan pemilikan saham melibatkan Ketua
00:11Pesuruh Jaya Seruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azambaki.
00:17Rafizi dalam kenyataan pada Jumat berkata, pendedahan itu penting bagi menghentikan spekulasi yang terus berlegar dalam kalangan rakyat.
00:28Rafizi berkata rakyat berhak mengetahui hasil siasatan terhadap dawaan pemilikan saham yang dikatakan bernilai sekitar RM14 juta.
00:37Menurutnya nilai tersebut tidak boleh dianggap sekadar pelanggaran peraturan perkhidmatan awam kerana ia menimbulkan persoalan tentang sumber kekayaan seorang penjawat
00:45awam kanan.
00:46Beliau turut berkata SPRM kebiasaannya mengambil tindakan terhadap individu yang mempunyai sumber kekayaan meragukan termasuk membekukan akaun dan mengarahkan pengisytiharan
00:56aset.
00:57Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan segera mengumumkan secara terperinci dapatan pasukan khas bagi mengelakkan spekulasi berterusan.
01:05Sebelum ini beberapa pemimpin DAP seperti Anthony Luke turut menggesa penubuhan seruhan jaya siasatan diraja bagi menyiasat dawaan tersebut.
01:13Laporan media menyatakan Azam didakwa memiliki 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat pelaburan berdasarkan penyata tahunan yang difilkan tahun
01:22lalu.
01:23Azam menegaskan transaksi itu telah diisytiharkan dan saham tersebut telah dilupuskan serta memfilkan saman terhadap Bloomberg berhubung laporan berkenaan.

Recommended