00:00Amerika Syarikat mengeluarkan pengecualian sekatan selama 30 hari bagi membenarkan pembelian minyak dan produk petrolium Rusia yang terkandas di laut.
00:11Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Scott Basin berkata langkah itu diambil bagi menstabilkan pasaran tenaga global yang bergolak akibat konflik di
00:22Asia Barat.
00:25Menurutnya, lesen khas itu memenarkan penghantaran dan penjualan minyak mentah serta produk petrolium Rusia yang dimuatkan ke atas kapal mulai
00:3312 Mac, pengecualian tersebut sah sehingga 11 April waktu Washington.
00:38Jelas beliau langkah itu bersifat jangka pendek dan dirangka khusus untuk menstabilkan pasaran tanpa memberi manfaat kewangan besar kepada kerajaan
00:46Rusia.
00:46Pengumuman itu dibuat selepas harga minyak penanda aras dunia meningkat melebihi $100 setung.
00:52Langkah terbaharu pendabiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu dilihat sebagai usaha mengawal kenaikan harga tenaga susulan ketegangan serantau.
01:02Serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran serta tindak balas Teheran telah menjejaskan perkapalan di Selat Hormuz.
01:09Gangguan di laluan strategik itu menyebabkan aliran minyak dan gas dari Asia Barat terjejas sekaligus meningkatkan harga tenaga global.