00:00Selepas ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal meluluskan satu resolusi yang dicadangkan oleh Rusia yang menggesa supaya permusuhan
00:08di Asia Barat dihentikan serta-merta.
00:11Resolusi tersebut tidak berdapat sokongan mencukupi apabila hanya empat negara menyokong, dua menentang, manakala sembilan lagi berkecuali.
00:21Selepas undian itu, Duta Rusia ke PBB Vasily Nemezia menuduh negara-negara yang menolak atau berkecuali sebagai tidak menyokong usaha
00:29menghentikan konflik dan menyelesaikan pertikaian secara aman.
00:32Beliau berkata komitmen mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan keamanan hanyalah retorik kosong.
00:37Nemezia turut menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan perkara yang memalukan.
00:42Sementara itu, Presiden Majlis Keselamatan PBB bagi bulan Mac yang juga Duta Amerika Syarikat ke PBB Mike Waltz berkata tindakan
00:49Moskow bertujuan melindungi Iran.
00:51Beliau menolak dawaan Rusia yang cuba menyambarkan tindakan Amerika Syarikat dengan peranan Iran di rantau tersebut.
00:57Waltz menegaskan Washington akan terus berusaha memastikan Teheran bertanggungjawab atas tindakan yang dianggap menggugat kestabilan di rantau itu.
Comments