Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
AADK membuka sesi lawatan khas Aidilfitri di semua Puspen mulai 29 atau 30 Mac, bagi mengukuhkan sokongan keluarga kepada klien yang menjalani rawatan. Keluarga diminta menghubungi pegawai pemulihan untuk maklumat dan pengesahan.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Agensi Anti-Dada Kebangsaan AADK akan membuka sesi lawatan khas bagi keluarga dan penjaga klien yang sedang mengikuti program rawatan
00:09dan pemulihan dalam institusi di semua pusat pemulihan penagihan narkotik atau puspen seluruh negara sempena Aidilfitri.
00:16Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, sesi lawatan itu akan dibuka dari 30 Mac hingga 3 April kecuali bagi puspen
00:23di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang akan dimulakan sehari lebih awal iaitu dari 29 Mac hingga 2 April.
00:30Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memperkukuh ikatan kekeluargaan di samping memberikan sokongan moral yang diperlukan kepada klien AADK.
00:39Jelas ia dalam satu kenyataan, lawatan khas ini juga memberikan ruang dan peluang kepada keluarga atau penjaga untuk bertemu mesra
00:46dengan klien selain menjadi pendekatan terapetik dalam menyokong proses kepulihan mereka.
00:52Sumbungan dengan itu, Ruslin berkata keluarga atau penjaga yang ingin menyertai sesi lawatan khas berkenaan diminta menghubungi pegawai pemulihan di
01:00puspen masing-masing menerusi panggilan telefon, mesej, pesanan ringkas, pesanan aplikasi WhatsApp, surat atau email.
01:07Orang ramai juga boleh menghubungi puspen berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi lawatan khas ini atau menghubungi hotline AADK
01:14bagi mendapatkan hikmat nasihat atau membuat aduan berkaitan permasalahan dadah.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended