00:00Konflik yang berlarutan di Asia Barat berpotensi memberi kesal lebih luas kepada ekonomi bukan sahaja daripada sudut harga minyak tetapi
00:08juga inflasi, rantaian bekalan dan kos pengangkutan.
00:12Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah M.N. berkata, impak sebenar bergantung kepada intensiti serta tempoh konflik berlarutan yang boleh mempengaruhi kestabilan
00:20pasaran tenaga serta perdagangan global.
00:24Jadi contohnya sebagai contoh dalam isu menguruskan keadaan ketika ini bila berlaku konflik di Iran sudah pasti antara elemen yang
00:34terkesan langsung itu adalah soal bekalan minyak termasuk harga iaitu memang lebih rapat dengan pihak MOF kerana ianya melibatkan soal
00:45subsidi dan sebagainya.
00:47Tetapi pada masa yang sama bila kita bercakap isu tersebut kesannya itu bukan sekadar dari segi kenaikan harga minyak seperti
00:57mana yang kerajaan atau saya sendiri sebelum ini nyatakan betapa besarnya kesan konflik ini bergantung kepada intensiti of the konflik
01:08dan juga selama mana konflik itu akan berterusan.
01:12Menurut Akmal, meskipun konflik tersebut belum menunjukkan tanda akan berakhir dalam masa dekat, Kementerian Ekonomi mengambil pendekatan menyeluruh dengan menilai
01:21impak jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
01:25Tambah beliau, Kementerian berkaitan mempunyai peranan operasi dan mitigasi masing-masing malakala Kementerian Ekonomi berfungsi sebagai pemantau utama bagi memastikan
01:34keseimbangan ekonomi negara terus terpelihara.
01:37Akmal berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peluncuran sistem pemantauan pelan pelaksanaan dasar MyRMK di bawah RMK13 di Putrajaya pada
01:48Kamis.
Comments