Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis di Jalan Gombak. Polis menahan 12 individu serta merampas motosikal curi dan dadah, dan menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Seorang lelaki warga tempatan maut selepas bertindak terjun dari tingkat 3 sebuah unit kediaman di Jalan Gombak ketika cuba melarikan
00:08diri daripada serbuan polis di Ibu Negara malam tadi.
00:11Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadhil Marsus, dalam kejadian pada 9.07 malam itu, pihak polis sedang melakukan serbuan
00:18berhubung kes curi motosikal sebelum dua suspek bertindak terjun dari unit kediaman berkenaan untuk melarikan diri.
00:24Fadhil dalam satu penyataan menjelaskan, mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati
00:33mengejut, manakala seorang lagi suspek selamat.
00:36Dalam serbuan itu, polis menahan 12 individu iaitu 4 lelaki, 5 wanita termasuk 3 kanak-kanak berumur lingkungan 3 hingga
00:4442 tahun dan 2 daripadanya warga negara Indonesia.
00:47Polis serup merampas dua motosikal curi dan beberapa jenis dadah di kediaman itu serta siasatan lanjut sedang dijalankan.
00:54Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan maklumat tidak sahih bagi menyelakkan kegusaran awam serta mengganggu
01:02siasatan.
Comments

Recommended