Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa cadangan membenarkan pengeluaran Akaun Sejahtera melalui i‑Lindung sedang diteliti dan hanya akan dibuat secara sukarela. Akaun Persaraan (Akaun 1) tidak akan disentuh. KWSP kini menambah baik i‑Lindung untuk merangkumi produk MHIT asas di bawah strategi RESET.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan sedang meneliti cadangan membenarkan pengeluaran akaun sejahtera KWSP melalui air lindung secara sukarela dan terhad untuk tujuan kesihatan serta
00:09pelindungan.
00:11Kementerian Keuangan MOF negaskan bahawa akaun persaraan atau akaun satu langsung tidak akan terjujas bagi memastikan keselamatan dana persaraan ahli
00:20kekal terpelihara.
00:23MOF dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman parlimen memaklumkan simpanan dalam akaun sejahtera telah diperuntukkan untuk keperluan jangka sederhana
00:32seperti pengeluaran perubatan, pendidikan, perumahan dan tujuan dibenarkan.
00:37Namun ia tertakluk kepada terma dan syarat. Jawapan itu adalah bagi menjawat soalan Senator Dato' Rosni Sohar mengenai kesan cadangan
00:45penggunaan simpanan KWSP untuk pelindungan kesihatan di bawah pelan insurans takaful perubatan
00:50dan kesihatan MHIT. MOF memaklumkan KWSP sedang menambah baik air lindung supaya mampu merangkumi produk asas MHIT baru di bawah
01:01strategi riset yang diumumkan pada 22 Januari 2026.
01:05Ketika ini, air lindung menawarkan produk fasiliti pelindungan ahli FPA melibatkan pelindungan hayat dan penyakit kritikal.
01:13Kerajaan, kata MOF, akan terus melaksanakan pembaharuan secara berfasa bersama semua pihak berkepentingan
01:20bagi membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh dan mampan.
01:24Kerajaan akan turut memantau pelaksanaan pelan ini bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa dilindungi.
Comments

Recommended