Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
WHO memberi amaran tentang hujan hitam selepas serangan ke atas kemudahan minyak Iran, yang menjejaskan kualiti udara dan boleh menyebabkan masalah pernafasan serius. Penduduk dinasihatkan kekal di dalam rumah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO mengeluarkan amaran mengenai fenomena hujan hitam yang melanda Iran.
00:06Susulan serangan ke atas kemudahan minyak yang dikuatiri boleh menyebabkan masalah pernafasan serius.
00:11Agensi Kesihatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB itu menyokong penuh nasihat kerajaan Iran
00:17yang menggesa penduduk agar kekal berada di dalam rumah demi keselamatan.
00:23WHO yang mempunyai pejabat di Iran mengesahkan menerima banyak laporan mengenai hujan yang membawa sisa minyak sepanjang minggu ini.
00:30Ruang udara Tehran dilaporkan diselubungi asap hitam tebal pada Isnin selepas sebuah loji penapisan minyak menjadi sasaran
00:37dalam peningkatan serangan terhadap bekalan tenaga domestik Iran sebagai sebahagian daripada kempen ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel.
00:44Juru cakap WHO, Christian Lin Meir dalam satu taklimat media di Geneva berkata
00:50hujan hitam serta hujan asid yang mengiringinya sangat berbahaya kepada penduduk terutamanya bagi sistem pernafasan.
00:57Lin Meir berkata nasihat untuk kekal di dalam rumah adalah langkah yang amat wajar
01:01memandangkan kemudahan penyimpanan minyak dan loji penapisan yang terbakar menjejaskan kualiti udara pada tahap membimbangkan.
01:09Satu rakaman video oleh kakitangan WHO memaparkan seorang pekerja pembersihan sudah mengemuk cicair hitam
01:16di pintu masuk pejabat agensi itu di Tehran pada 8 Mac lalu membuktikan kesan nyata fenomena tersebut.
Comments

Recommended