Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis menasihati majikan memastikan pekerja mengendalikan peralatan tajam dengan selamat susulan kematian seorang pelajar di Teluk Intan, selepas terkena sabit yang dibawa seorang penunggang motosikal.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Polis menasihati para majikan supaya memberikan arahan tegas kepada pekerja supaya lebih berhati-hati dalam mengendalikan peralatan tajam bagi menjamin
00:09keselamatan pengguna jalan raya.
00:12Menurut Ketua Polis Pirat, Datuk Nur Hisham Nur Din, langkah itu penting bagi mengelakkan kejadian malang kerana peralatan seperti sabit,
00:19cangkul atau parang bukan dikategorikan sebagai senjata berjadual, sekaligus membolehkan ia dibawa secara bebas bagi tujuan kegunaan harian.
00:29Katanya pihak polis hanya boleh menasihati majikan untuk memberi arahan kepada bertugas ataupun pekerja-pekerja mereka untuk lebih menjaga keselamatan
00:38diri sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
00:41Pada Rabu, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, MSOJ, menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang
00:49terlibat dalam insiden kematian seorang pelajar di Teluk Intan selepas terkena sabit berhulu panjang yang dibawa penunggang motosikal lain.
00:57Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Adham Faisal, pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, maut selepas lehernya terkena sabit berhulu
01:07panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal membawa senjata itu di Batu Empat, Kampung Selabak, Teluk Intan.
01:15Rakan mangsa berusia 17 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan pada tangan dan kini sedang menerima rawatan lanjut.
01:23Sesulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga Indonesia berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan.
01:30Sementara itu, Nur Hisham berkata siasatan awal terhadap kes itu mendapati wujudnya unsur kecuaian oleh pembawa peralatan berkenaan kerana sabit
01:39kelapa sawit itu dibawa dalam keadaan yang membahayakan pihak ketiga.
Comments

Recommended