00:00163 rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA kira-kira jam 12
00:08.30 tengah hari tadi.
00:11Selain rakyat Malaysia, 7 ahli keluarga bukan warga negara Malaysia, termasuk 5 dari Thailand, masing-masing seorang dari Indonesia dan
00:19Morocco tiba di KLIA menerusi penerbangan khas MH8503 dari Jeddah jam 10.20 malam tadi.
00:27Menerusi maklumat yang diterima media, kumpulan ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang tergendala menunaikan ibadah umrah di Arab Saudi, rakyat
00:36Malaysia dari Qatar, Jordan dan Syria yang terjejas dengan gangguan penerbangan serta penutupan ruang udara.
00:44Operasi pemulangan ini diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara dengan sokongan penuh Kementerian Luar Malaysia dan Perwakilan Malaysia di luar negara
00:52untuk memastikan semua penumpang dipindahkan dengan selamat.
00:55Difahamkan, Konsulat Jenderal Malaysia di Jeddah juga membantu pendaftaran penumpang dan pemindahan darat dari Madinah.
01:03Manakala, Kedutaan Malaysia di Doha dan Aman menyelaras pemindahan rakyat Malaysia dari Qatar, Jordan dan juga Syria.
01:11Penumpang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, antara 4 hingga 88 tahun, termasuk kanak-kanak, pelajar dan warga emas.
01:20Sibilangan besar, rakyat Malaysia telah mendaftar minat untuk operasi evakuasi namun sesetengahnya pulang melalui penerbangan komersial lain selepas ruang udara
01:29dibuka semula.
01:30Terima kasih kerana menonton!
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments