Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata kira-kira 80 hingga 90 peratus penerbangan komersial sebelum ini melalui laluan tersebut dan penutupannya memaksa pesawat melencong jauh daripada laluan asal.
Transcript
00:00Penutupan ruang udara di beberapa bandar utama termasuk Teheran dan Isfahan, Iran, susulan konflik Asia Barat dijangka memberi kesan kepada
00:08industri penerbangan serta sektor pelancongan.
00:11Penganalisis ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa Prof. Dr. Baharum Abdul Hamid berkata,
00:17pelbagai pihak mungkin terlepas pandang ruang udara di bandar-bandar berkenaan merupakan laluan penting bagi penerbangan antarabangsa.
00:27Beliau berkata kira-kira 80 hingga 90 peratus penerbangan komersial sebelum ini melalui laluan tersebut dan penutupannya memaksa pesawat melencong
00:36jauh dari laluan asal.
00:38Dan apabila ruang udara ini ditutup seperti mana berlakunya sekarang, maka mereka ini terpaksa melencong jauh dan ini menyebabkan apa
00:48yang kita panggil double barrel punya tekanan.
00:52Minyak jet meningkat, perjalanan semakin jauh.
00:57Menurut beliau situasi itu mula dirasai beberapa syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Air New Zealand yang telah menyuarakan tekanan kos operasi
01:06selain syarikat penerbangan tempatan seperti AirAsia.
01:11Baharu menambah kerajaan mungkin perlu menilai semula berapa unjuran berkaitan pertumbuhan ekonomi dan sasaran pelancongan sekiranya konflik berlarutan dalam tempoh
01:20panjang.
01:22Mungkin sebulan dua bulan ini kita masih lagi boleh menyerap tekanan tapi jika dia melebihi daripada itu maka kita terpaksa
01:30melakukan satu perlaksanaan.
01:33Baru kita kena melihat balik ramalan pertumbuhan ekonomi, melihat balik ramalan penyumbang kepada pelancongan.
01:41Beliau berpandangan kebimbangan utama selepas konflik tersebut berakhir ialah ketegangan sporadik yang boleh mencetuskan gangguan berterusan kepada pasaran global.
01:52Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended