Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Beberapa pemain pasukan bola sepak wanita Iran memohon suaka di Australia. Australia dilaporkan memberikan visa kemanusiaan kepada lima pemain, manakala dua lagi turut memohon perlindungan. Pasukan tersebut bagaimanapun tiba di Kuala Lumpur dari Sydney pada Selasa.
Transcript
00:00Pasukan bola sepak wanita Iran kini berada di Kuala Lumpur selepas beberapa pemainnya memohon suaka di Australia berikutan kebimbangan terhadap
00:09keselamatan mereka sekiranya pulang ke negara asal.
00:11Pasukan tersebut tiba semalam melalui penerbangan dari Sydney selepas kerajaan Australia memberikan visa kemanusiaan kepada lima pemain Iran yang memohon
00:21pelindungan.
00:22Media tempatan Australia turut melaporkan dua lagi pemain dipercayai turut memohon suaka di negara itu.
00:28Laporan penyiar Nasional Australia ABC News memaklumkan seorang pemain dipercayai enggan menaiki penerbangan pulang pada saat akhir di lapangan terbang
00:37Sydney pada selasa malam.
00:39Sementara itu, Pejabat Pendakwa Raya Iran memaklumkan anggota pasukan yang lain telah dijemput pulang ke negara itu dengan jaminan keselamatan.
00:48Media Iran melaporkan pihak berkuasa memberi jaminan mereka boleh kembali ke tanah air dalam keadaan aman.
00:55Pasukan bola sepak wanita Iran berada di Australia kerana menyertai kejohanan Piala Asia Wanita AFC 2006 yang berlangsung di beberapa
01:03bandar termasuk Gold Coast dan Sydney.
Comments

Recommended