00:00Salam sejahtera dan bersama saya Fauzi Zin, rakyat Malaysia yang terkandas di Zon Asia Barat tiba di lapangan terbang antarabangsa
00:06KLIA kira-kira 12.32 minit tengah hari pada Rabu.
00:11Dan perkembangan terbaru itu, kita terus bersama dengan wartawan di lapangan Ernalisa Osman yang kini difahamkan berada di lapangan terbang
00:20antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.
00:22Ernalisa mungkin boleh kongsikan perkembangan sehingga pada waktu ini.
00:29Baik, terima kasih Fauzi. Benar, hari ini 163 rakyat Malaysia yang terkandas di Zon Asia Barat.
00:36Alhamdulillah dikatakan selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA ini kira-kira 12.32 minit tengah hari tadi.
00:47Dan difahamkan operasi pemulangan ini diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga sokongan penuh Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Perwakilan
00:58Malaysia di luar negara bagi memastikan semua penumpang dipindahkan dalam keadaan selamat.
01:04dan sempat juga rakan media mendapat perkongsian yang mana kesemua rakyat Malaysia yang terkandas itu dikatakan mendapat layanan istimewa dan
01:16memudahkan mereka ketika waktu berbuka puasa.
01:20Selain rakyat Malaysia juga dikatakan tujuh keluarga bukan warga negara Malaysia termasuk lima dari Thailand dan masing-masing satu dari
01:29Indonesia dan juga Morocco dikatakan tiba pada 12.32 minit tengah hari tadi.
01:42dan ketika ini kami rakan media masih lagi menanti kumpulan 163 rakyat Malaysia di balai ketibaan ini Fauzi.
01:58Erna, kau boleh saya tanyakan soalan di mana kumpulan rakyat Malaysia yang sudah pun tiba di KLIA pada waktu ini
02:05di mana mereka ditempatkan ataupun mereka sudah pulang ke rumah masing-masing ataupun boleh beri sedikit gambaran ke mana mereka
02:11selepas ini Erna?
02:17Kami difahamkan selepas mereka tiba di balai ketibaan ini mungkin akan ada satu sidang media ringkas bersama keluarga yang terlibat
02:30itu pun jika mereka berkelapangan Fauzi.
02:34dan setakat ini kalau boleh disaksikan ketika ini sudah ada beberapa ahli keluarga rakyat Malaysia yang tiba di sekitar lapangan
02:44terbang ini Fauzi.
02:46Erna, mungkin boleh beri sedikit gambaran visual untuk kita lihat keadaan sekeliling di perkarangan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur itu
02:55supaya kita mendapat sedikit gambaran ataupun visual reaksi penantian ataupun ahli keluarga bagi kumpulan rakyat Malaysia yang dibawa pulang yang
03:07telah pun tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.
03:11Kau boleh minta sedikit juru kamera untuk rakyat Malaysia untuk mendapatkan gambaran visualnya pada ketika ini.
03:18dan sambil itu mungkin Erna mungkin boleh kongsikan juga adakah akan ada sidang media yang akan disampaikan selepas ini di
03:25kawasan tersebut?
03:30Baik, kalau boleh kameraman mungkin boleh tunjuk di sebelah bahagian kanan pada ketika ini
03:37yang mana saya difahamkan salah seorang keluarga daripada rakyat Malaysia yang terkandas itu sedang ditemu ramah oleh beberapa pihak media
03:51dan kami juga difahamkan selepas ini mungkin akan ada satu sidang media ringkas bersama keluarga yang terlibat Fauzi.
03:59dan saya juga difahamkan kedutaan Malaysia di Doha dan Aman juga menyelaras pemindahan rakyat Malaysia dari Qatar, Jordan dan juga
04:09Syria
04:10selain kemudahan berbuka puasa juga disediakan di lapangan terbang sebelum mereka berlepas.
04:16Okey baik, terima kasih Erna. Erna berada di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur
04:23membawakan perkembangan khususnya melihat kepada kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat
04:30yang difahamkan dan seperti apa yang dimaklumkan oleh Erna Risa
04:33sudah pun selamat tiba di Kuala Lumpur pada pukul 12.32 minit tengah hari waktu tempatan
04:40dan kepulangan mereka dibawa oleh pesawat Airbus A330300
04:46ia membawa secara keseluruhan 170 penumpang telah pun berlepas daripada lapangan antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah
04:54Arab Saudi pada pukul 10.20 malam waktu di Jeddah
04:58dan secara keseluruhan 163 rakyat Malaysia yang terdipada pelajar, pengembara dan juga jemaah umrah
05:05yang dikumpulkan dari Jeddah, dari Syria, dari Jordan, dari Qatar
05:10antara mereka yang difahamkan kumpulan umurnya daripada 4 hingga 88 tahun
05:17Erna Risa berada di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur
05:21untuk mendapatkan reaksi seboleh-bolehnya dan juga akan membawakan perkembangan selanjutnya
05:27khususnya mengenai kepulangan rakyat Malaysia
05:31kumpulan 163 rakyat Malaysia yang terkandas sebelum ini
05:34akibat konflik di Asia Barat
Comments