Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Siren amaran serangan udara kedengaran beberapa kali di Tel Aviv, Baitulmaqdis dan kawasan tengah Israel susulan serangan peluru berpandu Iran. Serangan itu dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang di Israel. Dalam masa sama, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran yang menurut Tehran telah mengorbankan lebih 1,300 orang awam serta memusnahkan ribuan kediaman dan kemudahan awam.
Transcript
00:00Siren amaran serangan udara kedengaran beberapa kali di Tel Aviv, Baitul Magdis dan kawasan tengah Israel.
00:06Awal pagi Rabu, susulan serangan peluru berpandu yang dilancarkan Iran.
00:10Penduduk di beberapa kawasan telah menyaksikan peluru berpandu melintasi ruang udara, termasuk di sekitar Hebron dan Ramallah di Tebing Barat.
00:21Menurut laporan awal pihak berkuasa, serangan Iran ke atas Israel setakat ini dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.
00:28Iran juga dilaporkan melancarkan serangan terhadap pengkalan tentera Amerika Syarikat dan misi diplomatik di negara-negara Teluk Arab selain menyebabkan
00:36kerusakan terhadap hotel, lapangan terbang serta infrastruktur minyak di rantau tersebut.
00:41Dalam perkembangan sama Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran pada selasa yang disifatkan Pentagon
00:47serta saksi di lapangan sebagai antara serangan paling intensif sejak konflik bermula.
00:52Serangan tersebut berlaku ketika pasaran global menjangkakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mungkin berusaha menamatkan konflik yang semakin memuncak di
01:00rantau Asia Barat.
01:02Menurut Duta Iran, Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Amir Said Iravani, lebih 1,300 orang awam Iran terbunuh setiap serangan
01:10udara Amerika Syarikat dan Israel bermula pada 28 Februari lalu.
01:14Beliau turut mendakwa hampir 8,000 buah rumah musnah selain kira-kira 1,600 pusat komersial dan perkhidmatan serta puluhan
01:22kemudahan kesihatan, pendidikan dan tenaga mengalami kerosakan akibat serangan tersebut.
01:27Ketegangan antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel terus mencetuskan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kemungkinan konflik lebih besar di Asia Barat.
Comments

Recommended