00:00Susulan lonjakan harga minyak global kerajaan di Asia menghadapi peningkatan risiko fiskal dan inflasi, memandangkan rantau ini masih bergantung kepada
00:08import tenaga secara struktur.
00:11OCBC menjelaskan rantau Asia Pasifik terus menjadi pengimport bersih minyak mentah.
00:16Gas asli dan arang batu sekaligus menyebabkan ekonomi serantau terdedah kepada kejutan tenaga daripada luaran.
00:25Data daripada agensi tenaga antarabangsa IEA menunjukkan Asia Pasifik kekal sebagai pengimport bersih komoditi tenaga sepanjang dekad hingga 2023.
00:35Ini menunjukkan ekonomi di rantau ini masih menggunakan minyak, arang batu dan gas asli sebagai sumber tenaga utama.
00:40Dalam nota pendidikan pasaran global, OCBC menyatakan bahawa harga minyak yang lebih tinggi turut memberi kesan kepada komoditi lain khususnya
00:49gas asli akan memburukkan lagi risiko kejutan harga tenaga.
00:53OCBC turut menyatakan Asia masih bergantung keperluan import tenaga daripada Asia Barat.
00:58Menurut OCBC, Singapura, Thailand, Korea Selatan, India dan Vietnam mengimport bahagian petrol dan gas yang agak besar dari Asia Barat.
01:07Indonesia pula walaupun diklasifikasikan sebagai pengexport tenaga bersih, memandangkan statusnya sebagai pengexport arang batu bersih, masih mengimport 11% daripada
01:18jumlah import petrol dan gasnya dari rantau itu.
01:22OCBC menjelaskan berdasarkan senario asas, harga minyak mentah brand dijangka susut di bawah $70 Amerika Setung menjelang pertengahan 2026.
01:31Bagaimanapun, dalam senario sederhana serius yang menyaksikan penghantaran bekalan tenaga disambung semula termasuk sebahagiannya dengan iringan pasukan tentera,
01:41boleh mendorong harga brand kekal sekitar $100 Amerika Setung hingga pertengahan tahun sebelum susut apabila bekalan global kembali stabil.
01:50Dalam senario yang lebih meruncing yang melibatkan gangguan berpanjangan, harga brand boleh melonjak kepada sekitar $140 Amerika Setung dan kekal
02:00tinggi hingga pertengahan tahun.
02:03Harga tenaga yang kekal tinggi berkemungkinan melemahkan imbangan dagangan di seluruh ekonomi Asia dengan lebihan dagangan mengecil dan defisit meningkat.
02:12OCBC memaklumkan tekanan inflasi turut akan meningkat khususnya di negara yang tidak menyediakan subsidi bahan api runcit.
02:18Filipina dan India boleh mengalami defisit dagangan yang ketara selain inflasi harga pengguna keseluruhan yang lebih tinggi berbanding unjuran asas.
02:27Bagi Indonesia dan Malaysia pula, kedua-dua negara dijangka mengalami defisit fiskal yang lebih besar memandangkan kerajaan menanggung kos subsidi
02:34yang lebih tinggi.
02:35Sementara itu, kesan fiskal terhadap China dan Filipina dijangka lebih tidak ketara.
02:39Manakala Thailand dan Vietnam mempunyai dana minyak rentas subsidi yang boleh membantu meredakan kesan fiskal dalam tempoh terdekat.
02:49Terima kasih telah menonton!
Comments