00:00Seorang wanita dan anak saudara lelakinya cedera akibat ditikam abang kandung wanita terbabit dalam kejadian di sebuah rumah di Taman
00:09Bandar Baru Kampar pada Ahad.
00:11Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohd Nazri Daud berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita berusia 56 tahun itu pada
00:207.35 malam.
00:21Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di ruang tamu rumah jenis dua tingkat yang didiami suspek serta kedua-dua
00:32mangsa iaitu adik kandung perempuan dan anak lelaki suspek.
00:36Wanita yang merupakan adik suspek itu dan anak saudaranya iaitu anak suspek yang berusia 22 tahun ditikam tiga kali pada
00:45bahagian leher kiri.
00:46Kedua-dua mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan telah dirujuk ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun.
00:55Mohd Nazri berkata, suspek yang berusia 58 tahun dan tidak bekerja cedera pada bagian tapak tangan kiri.
01:03Beliau berkata, kejadian berpunca daripada lelaki itu yang mengalami halusinasi dan pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Fatima.
01:12Suspek dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments