Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini menggunakan 'Body Worn Camera' (BWC) ketika menjalankan kawalan di kawasan Bazar Ramadan dan Bazar Syawal bagi meningkatkan tahap keselamatan serta ketelusan dalam pelaksanaan tugas.
Transcript
00:00Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di BKL kini menggunakan kamera badan, body one camera ketika menjalankan kawalan di kawasan
00:09bazar Ramadan dan bazar syawal bagi meningkatkan tahap keselamatan serta ketelusan dalam pelaksanaan tugas.
00:16Di BKL dalam satu kenyataan memaklumkan penggunaan peranti tersebut bertujuan memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti.
00:28Katanya langkah berkenaan juga dapat melindungi keselamatan pegawai penguatkuasa serta orang awam sepanjang operasi dijalankan.
00:36Rakaman daripada kamera badan juga boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku sebarang insiden sekaligus membantu mengurangkan pertikaian ketika proses penguatkuasaan.
00:47Di BKL menyatakan peranti tersebut akan digunakan dalam beberapa situasi termasuk ketika rondaan di kawasan bazar pemeriksaan lesen peniaga,
00:55interaksi dengan orang awam serta semasa tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.
01:01Di BKL menegaskan pihaknya komited memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara telus, profesional dan berhemah demi kesejahteraan warga kota.
Comments

Recommended