00:00Tiga kereta milik aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar pada pagi selasa oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.
00:08Menurut pendakwah bebas Firdaus Wong, ini merupakan serangan kedua yang menyasarkan Cikgu Chandra.
00:14Sebelum ini, kejadian sama berlaku di rumah milik aktivis itu di Puchong.
00:22Firdaus berkata sebelum itu, beliau menerima panggilan daripada Cikgu Chandra mengenai kejadian rumahnya diserang individu tidak dikenali.
00:32Cikgu Chandra memberitahu bahawa beberapa lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang cuba menyerang rumahnya ketika panggilan itu dibuat.
00:41Selain itu, sekitar jam 3 pagi selasa, kumpulan sama didakwa telah membakar ketiga-tiga kereta milik mangsa.
00:47Bagaimanapun, kehadiran pantas polis dan bomba berjaya mengawal keadaan serta memadamkan kebakaran.
00:54Sebelum ini, rumah Cikgu Chandra di Puchong turut didakwa diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin keretanya serta tingkap kediaman tersebut.
01:04Serangan terbaru ini berlaku hanya beberapa hari selepas pendakwah bebas terkenal Zamri Vinod turut menjadi mangsa serangan oleh sekumpulan lelaki
01:12ketika berada di dalam keretanya.
01:14Firdaus Wong dalam kenyataannya menggesa agar tindakan segera diambil terhadap pihak yang melakukan jenayah tersebut.
Comments