Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
JPJ menggantung serta‑merta Lesen Vokasional (PSV) pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM19 Jalan Johor Bahru–Air Hitam, yang menyebabkan 10 penumpang cedera. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan itu diambil mengikut Seksyen 56 Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain mengarahkan audit keselamatan JISA terhadap bas terbabit.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menggantung serta-merta lesen vocational PSV pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19
00:10Jalan Johor Baru-Ai Hitam, Johor semalam.
00:13Ketua Pengarah JPJ, Dato' Edi Fadli Ramli berkata, kejadian yang menyebabkan 10 penumpang cedera itu akan disiasat mengikut Seksyen 56
00:22Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987
00:25selain turut mengarahkan pasukan penguatkuasa menjalankan JPJ Inspection and Safety Audit JISA terhadap bas terbabit bagi meneliti aspek pematuhan keselamatan
00:37kenderaan.
00:37Saya telah arahkan tim saya untuk turun menjalankan audit JISA, iaitu audit untuk JPJ Inspection Safety Audit JISA.
00:53Jadi kita turun untuk buat siasatan berkaitan dengan audit JISA itu kepada kenderaan bas yang terlibat dengan kemalangan.
01:03dan saya telah juga arahkan bagian penguatkuasa saya, tim penguatkuasa saya untuk membuat penggantungan lesen PSV bagi pemandu bas tersebut
01:15serta-merta.
01:18Beliau berkata demikian selepas program singgah sahur JPJ Kedah bersama Klub Pemotoran Kedah di Alustak.
01:25Selain itu, beliau memaklumkan JPJ turut membuat semakan terhadap Speed Limitation Device SLD pada bas berkenaan dan mendapati sijil pengesahan
01:35peranti tersebut masih sah sehingga 2027.
01:39Pada Isnin, polis memaklumkan kemalangan membabitkan bas ekspres yang dalam perjalanan dari terminal bersepadu selatan TBS Kuala Lumpur menuju ke
01:47lakin Johor Baru itu dipercayai berpunca daripada pemanduan cuai.
01:52Dalam kejadian kira-kira sebelum malam itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan di Slekoh sebelum terbabas ke bahu jalan dan
02:00terbalik berhampiran kampung Sepakat Baru, Sekudai.
02:04Kemalangan itu menyebabkan pembantu pemandu bersama sembilan penumpang cedera pada bagian kepala, badan, tangan dan kaki sebelum menerima rawatan di
02:13Hospital Sultanah Aminah.
02:15Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang
02:25rasa.
Comments

Recommended