Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata Tehran tidak mungkin menyambung rundingan dengan Amerika Syarikat selepas konflik terkini yang menurutnya menjejaskan proses diplomatik dan meningkatkan ketidakstabilan di Asia Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Iran menyatakan ia tidak mungkin menyambung semula rundingan dengan AS, susulan konflik terkini yang menurut Tehran telah menjejaskan proses
00:10diplomatik antara kedua-dua negara.
00:12Menteri Luar Iran, Abbas Araqci berkata, pengalaman rundingan sebelum ini meninggalkan kesan pahit dan menyukarkan sebarang usaha untuk kembali ke
00:22meja perundingan.
00:23Dalam satu temubual bersama wartawan Amna Nawaz di program PBS NewsHour dari Tehran, Abbas berkata tindakan Washington telah melemahkan kemajuan
00:33yang dicapai dalam rundingan terdahulu.
00:37Beliau turut menyalahkan AS dan Israel atas peningkatan ketidakstabilan di Asia Barat dengan mendakwa serangan terhadap Iran telah menjejaskan pengeluaran
00:47dan pengangkutan minyak di rantau itu.
00:49Ujah beliau, konflik yang berlaku sebagai perang yang dipaksakan ke atas Iran dan menegaskan tindakan Tehran adalah bagi mempertahankan diri.
00:59Abbas turut menegaskan Iran tidak bertanggungjawab terhadap kesan lebih luas konflik tersebut terhadap rantau berkenaan dan komuniti antarabangsa.
Comments

Recommended