Skip to playerSkip to main content
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bahawa wang jutaan ringgit diakui tiada dalam poket bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Bagaimanapun, pasukan pendakwaan memberitahu, wang berkenaan dimasukkan ke akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan sekutu Presiden Bersatu itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/771015/berita/semasa/kedudukan-muhyiddin-punca-bersatu-terima-sumbangan-jutaan-ringgit---pendakwaan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

---

Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.

Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026

atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOTWQH2026

World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam#SinarHarian #BeritaSemasa #kedudukanMuhyiddinpuncadapatsumbangan # MuhyiddinYassin #Bersatu #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bahawa wang jutaan ringgit diakui tiada dalam poket bekas Perdana Menteri,
00:09Kansri Muhyiddin Yassin.
00:11Bagaimanapun, pasukan pendakwaan memberitahu wang berkenaan dimasukkan ke akaun Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang merupakan sekutu Presiden Bersatu itu.
00:20Menurutnya, parti itu mempunyai kepentingan secara tidak langsung dalam projek Jana Wibawa.
00:25Semasa membaca kenyataan pembukaannya, timbalan pendakwa raya Datuk Wan Syahrudin Wan Laden berkata pendakwaan akan membuktikan bahawa parti itu memperoleh
00:35sumbangan wang menerusi Presidennya Muhyiddin yang ketika itu Perdana Menteri.
00:40Jelasnya, pasukan pendakwaan akan membuktikan Menteri Keuangan ketika itu bertindak atas minit mesyuarat yang dikeluarkan oleh Muhyiddin.
00:49Beliau berkata, Menteri Keuangan dan sekutunya UMNO tidak mendapat sebarang keuntungan daripada pelaksanaan minit berkenaan.
00:57Tegasnya, pihaknya akan membuktikan jika bukan disebabkan tertuduh selaku Presiden Parti dan Perdana Menteri bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan
01:07wang.
01:07Wan Syahrudin berkata, pihak pendakwaan akan membuktikan kes melalui keterangan secara langsung dan keadaan dengan memanggil seramai 30 saksi.
01:16Menurutnya, dalam membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 23 Kurungan 1 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, pendakwaan bergantung kepada anggapan
01:28undang-undang di bawah Seksyen 23 Kurungan 2 Akta Sama.
01:32Beliau berkata, Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan bahawa bersatu merupakan organisasi dan pertuduhan di bawah Seksyen 23 Kurungan 1 Akta
01:41itu tiada sebarang kecacatan.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended