Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang pelajar kolej berusia 18 tahun maut selepas terkena bilah sabit pada bahagian leher dalam insiden membabitkan motosikal di Teluk Intan. Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Transcript
00:00Seorang pelajar kolej berusia 18 tahun maut akibat cedera parah dipercayai terkena bilas sabit pada bagian leher dalam satu kejadian
00:09di Teluk Intan semalam.
00:10Ketua Polis Daerah Hilir Perak, SCP Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang
00:19rakannya berusia 17 tahun cedera di tangan dan sedang menerima rawatan.
00:24Menurut siasatan awal, sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki menaiki motosikal secara tidak sengaja terkena leher mangsa yang juga
00:33sedang menaiki motosikal.
00:35Berikutan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan.
00:43Turut dirampas ialah bilas sabit serta sebuah motosikal.
00:47Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kadun Keseksaan dan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Magistrat Teluk Intan untuk permohonan
00:57reman.
Comments

Recommended