Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Tiga penduduk Palestin, termasuk seorang paramedik, terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza City pada Ahad. Hospital Al-Shifa menyatakan serangan berhampiran Universiti Al-Azhar itu turut mencederakan beberapa lagi mangsa, selepas ia mengenai kawasan berdekatan khemah pelarian yang sesak.
Transcript
00:00Sementara itu, perang Israel dan Palestine masih lagi berterusan dan Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Gaza, mengorbankan tiga
00:08lagi nyawa orang awam di wilayah tersebut pada ahad.
00:11Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hospital Al-Shifa, serangan itu turut mengorbankan seorang paramedik yang bertugas.
00:20Menurut petugas perubatan, ketiga-tiga mangsa berada berhampiran Universiti Al-Azhar di bagian barat Gaza City.
00:27Bangsa maut dikenalpasti sebagai seorang paramedik Muhammad Hamduna serta dua lagi individu Muhammad Abu Shiddiq dan Ahmad Lafi.
00:36Difahamkan serangan itu turut mengenai kawasan berhampiran deretan kemah pelarian yang sesak menyebabkan beberapa penduduk lain cedera.
00:44Sementara itu, tentera Israel mendakwa mereka menewaskan dua anggota Hamas yang didakwa sedang merancang serangan terhadap askar Israel.
00:52Namun, tiada bukti dikemukakan bagi menyokong dawaan tersebut.
00:56Sebelum ini, Israel dan Hamas bersetuju dengan perjanjian kecatas senjata di Gaza yang diusahakan AS sejak Oktober lalu.
01:05Namun, insiden keganasan terus berlaku hampir setiap hari.
Comments

Recommended