Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menjadi persoalan bagaimana halu tuju operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Iran akan berkembang, serangan kini memasuki tempoh lebih seminggu.
Transcript
00:00Iran diambang kehancuran, demikian dakwaan kuasa barat, terutamanya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
00:06Namun sejauh mana kebenaran itu?
00:09Jika dilihat, sejak operasi ketenteraan bermula 28 Februari lalu, Amerika Syarikat dan Israel hanya melancarkan serangan udara menyasarkan infrastruktur penting
00:19Iran.
00:20Mereka belum menjejakkan kaki ke tanah Republik itu.
00:23Persoalan utama ketika ini, adakah menerusi kempeng udara semata-mata, Iran dapat ditumbangkan?
00:31Jawapan ringkasnya, kemungkinan besar tidak.
00:35Pengeboman berterusan dari langit pasti mengoncang Iran, namun tidak berupaya melumpuhkan kerajaan Republik itu.
00:42Sekutu Barat harus menakluk Iran secara total dan menutralkan setiap kemimpinan mereka, baru region itu dapat ditundukkan.
00:50Sebagaimana nasib Presiden Irak, Saddam Hussein yang digulingkan Amerika Syarikat pada 2003.
00:56Jadi apa kemungkinan Amerika Syarikat melancarkan operasi ketenteraan darat di Iran dalam masa terdekat ini?
01:03Jika dilihat, Amerika Syarikat mempunyai tiga pilihan dalam darat untuk memasuki Iran.
01:09Pertama, melalui Irak yang akan menyasarkan wilayah barat daya Iran.
01:13Kedua, menerusi Turkiye yang akan menceroboh kawasan barat laut Iran.
01:17Ketiga, melalui Afganistan yang akan menyerang wilayah timur Iran.
01:22Irak, Afganistan dan Turkiye mempunyai sempadan darat terpanjang dengan Iran, malah lengkap laluan logistik dan pintu masuk perjalanan yang sudah
01:32siap dibina.
01:33Ini memudahkan mobilisasi ketenteraan dan rantaian bekalan dibentuk.
01:38Namun dalam senario sedemikian, Amerika Syarikat berdepan satu lagi bintangan iaitu benteng pertahanan semula jadi melindungi Iran dari setiap arah.
Comments

Recommended