Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerajaan akan terus memperkukuh perlindungan, sokongan dan ruang selamat untuk wanita. Beliau berkata peranan wanita dalam keluarga, pendidikan, ekonomi dan masyarakat mesti dihargai, sambil menyeru tindakan mengatasi jurang sosial, ekonomi dan politik yang masih wujud.
Transcript
00:00Kerajaan akan terus berusaha memberikan bantuan, pelindungan, sokongan dan mewujudkan ruang selamat kepada golongan wanita di negara ini.
00:08Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadila Yusof menegaskan bahawa wanita merupakan tonggak utama negara meskipun ramai daripada mereka bekerja di
00:16belakang tabir dan tidak menunjol di ruang depan.
00:19Menurutnya peranan dan pencapaian wanita wajar sentiasa diiktiraf dan dihargai kerana inilah langkah pertama meruntuhkan stereotip terhadap kedudukan wanita dalam
00:29masyarakat.
00:30Menurut beliau, wanita di Malaysia terus memainkan peranan besar dalam keluarga, pendidikan, ekonomi dan kepimpinan masyarakat.
00:37Bagianpun, Fadila menegaskan usaha memperkukuh kesejahteraan, keselamatan dan peluang adil kepada wanita perlu dipergiat memandangkan mereka masih berdepan cabaran semasa
00:47termasuk diskriminasi sosial, ekonomi dan politik.
00:51Hari Wanita katanya bukan sekadar sambutan tahunan tetapi pengiktirafan terhadap pengorbanan besar wanita kepada keluarga, masyarakat dan negara termasuk di
01:00peringkat antarabangsa.
Comments

Recommended