00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menolak penglibatan Puak Kurdi dalam serangan terhadap Iran.
00:06Menurut Trump, Washington tidak mahu konflik itu menjadi lebih rumit.
00:45Tambahnya, beliau secara jelas memberitahu Puak Kurdi supaya tidak mengambil bahagian dalam pertempuran walaupun mereka bersedia untuk berbuat demikian.
00:53Trump turut memberi isyarat Amerika mungkin berusaha membawa perubahan politik di Tehran.
00:58Katanya lagi, penggerahan Tentera Darat Amerika untuk mengawal uranium diperkaya di tapak nuklear Iran mungkin dipertimbangkan pada masa depan.
01:09Ditanya mengenai peranan Rusia, Trump berkata beliau tidak mempunyai petunjuk bahawa Moskow menyokong Iran.
01:16Mengenai tempoh konflik itu, beliau berkata serangan akan diteruskan selama mana yang diperlukan.
Comments