Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Ketua Polis Daerah Besut Supt Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi terbabit oleh orang awam pada 6.40 petang Ahad (8 Mac).
Transcript
00:00Miseri kehilangan remaja lelaki yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lalu,
00:06akhirnya terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan kampung Bukit Jeruk di kampung Beting Lintang, Jertih.
00:15Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaimi Abdul Rahim ketika dihubungi bernama Sahkan,
00:20penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi terbabit oleh orang awam pada 6.40 petang Ahad.
00:31Katanya setakat ini, polis percaya mayat yang ditemui itu adalah Ahmad Azrik Zafrin Ahmad Azhar, 19 tahun,
00:39yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lalu oleh keluarganya.
00:44Jelasnya, mangsa dipercayai meninggal dunia pada malam selepas motosikal ditunganginya dipercayai terbabas.
00:51Rozaimi berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk pengecaman waris dan bedah siasat.
00:58Terdahulu kehilangan mangsa berlaku ketika dia bersama keluarganya dari kampung Batin Seberang Takir dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands
01:07pada Khamis lalu.
01:09Ibu bapanya bersama ahli keluarga lain dilaporkan menaiki sebuah kereta.
01:14Kali terakhir mangsa dikesan berdasarkan CCTV berada di sebuah stesen minyak di kampung Beting Lintang pada 1.38 pagi Jumat
01:23lalu.
Comments

Recommended