Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata kesemua mereka ditangkap di sekitar tebing Sungai Kampung Kijang selepas pihaknya mengesan sebuah bot laju yang membawa kumpulan berkenaan dari arah perairan kira-kira lima batu nautika.
Transcript
00:00Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM Kelantan, mematahkan cubaan menyeludup keluar 16 pendatang warga Myanmar, termasuk 5 wanita melalui laluan sungai
00:11di Kota Baru dalam satu operasi awal pagi Jumat lalu.
00:14Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Kamal Mohamad pada Ahad berkata, kesemua mereka ditangkap di sekitar tebing sungai Kampung Kijang.
00:40Terima kasih kerana menonton!
00:52Jaya meloloskan diri dengan memecut ke laluan sungai yang sempit dan cetek.
00:56Jelas Kamal keadaan persekitaran yang gelap menyukarkan bot ronda merapat ke lokasi menyebabkan pasukan operasi darat digerakkan bagi memintas kumpulan
01:05itu.
01:06Ujannya lagi hasil pencarian dijalankan membawa kepada penahanan 16 individu berusia antara 16 hingga 51 tahun di kawasan tebing sungai
01:14berkenaan.
01:15Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun disyaki bertindak sebagai transporter darat bagi memindahkan migren terbabit.
01:26Siasatan awal mendapati semua warga asing itu bekerja di kedai makan dan restoran selain sebagai buruh binaan di seluruh negara
01:32sebelum dibawa keluar sendiket ke negara jiran.
01:35Mereka mendakwa dikenakan bayaran RM3,500 seorang untuk pulang ke Myanmar manakala transporter darat menerima bayaran RM250 bagi setiap perjalanan.
01:46Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Kelantan untuk siasatan lanjut.
01:51Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migren 2007 serta Akta Imigresen 1959 Palang 63.
Comments

Recommended