Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Iran menyasarkan 14 pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat sejak pencerobohan AS-Israel terhadap negara itu, menurut seorang jurucakap tentera Iran.
Transcript
00:00Iran menyasarkan 14 pangkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Barat sejak pencerobohan Amerika-Israel terhadap negara itu.
00:08Bercakap dalam temubual televisyen lewat Jumaat, Jurucakap Angkatan Tentera Iran, Brigadier General Abul Fazli Sheikharchi berkata,
00:16beberapa pangkalan tentera Amerika di Asia Barat telah musnah sepenuhnya dan memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk dibina semula.
00:27Menyentuh mengenai kehadiran kapal Amerika dan Israel di rantau itu, Sheikharchi berkata kapal milik itu akan menjadi sasaran Angkatan Tentera
00:35Iran jika mereka cuba melalui Selat Hormuz.
00:38Semua kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz kecuali kapal milik Amerika dan Israel, katanya.
00:44Menekankan keperluan kerjasama dalam kalangan negara serantau untuk menghadapi ancaman luar, Sheikharchi berkata Amerika dan Israel telah memulakan perang terhadap
00:53Iran sehingga mengancam keselamatan negara di seluruh rantau itu.
00:57Beliau menggesa negara serantau bekerjasama untuk mengusir pangkalan tentera Amerika dari rantau itu.
01:03Dalam kenyataannya, Sheikharchi turut mengkritik strategi Amerika di Asia Barat dengan berkata Washington sedang melaksanakan dasar berbahaya yang mencetuskan konflik
01:12di rantau itu.
01:14Kehadiran Amerika di Asia Barat mewujudkan ancaman kepada semua negara di rantau ini.
Comments

Recommended