Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Dalam satu kenyataan, Perkhidmatan Polis Norway (Politiet) memaklumkan bahawa sejumlah besar anggota telah dikerahkan ke kawasan sekitar Kedutaan AS di daerah Huseby di barat Oslo selepas laporan mengenai satu letupan kuat kira-kira 1 pagi waktu tempatan (0000 GMT).
Transcript
00:00Satu letupan mengegarkan kedutaan Amerika Syarikat di Oslo pada awal pagi ahad.
00:06Insiden itu menyebabkan kerosakan kecil namun tiada kecederaan dilaporkan.
00:13Perkhidmatan polis Norway dalam satu kenyataan memaklumkan sejumlah besar anggota dikerah ke kawasan sekitar kedutaan Amerika di daerah USB di
00:22barat Oslo.
00:23Ia selepas terdapat laporan mengenai satu letupan kuat kira-kira satu pagi waktu tempatan.
00:28Polis berkata mereka berhubung dengan pegawai di kedutaan itu dan sahkan tiada kecederaan dilaporkan.
00:35Pihak berkuasa kemudian sahkan satu letupan berlaku di kedutaan berkenaan khususnya berhampiran pintu masuk konsila namun kerosakan yang dialami adalah
00:44terhad.
00:45Pegawai penyiasat menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian serta menemu bual saksi selain memburu suspek.
00:51Polis turut memaklumkan pemeriksaan di sekitar kawasan kedutaan tidak menemukan sebarang petunjuk mengenai ancaman bahan letupan tambahan di kawasan berkenaan.
Comments

Recommended