Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Polis Thailand merancang memasang kawat berduri di semua pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand sebagai langkah awal memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.
Transcript
00:00Polis Thailand merancang memasang kawat berduri di semua pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand sebagai
00:08langkah awal memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.
00:12Ketua Polis Wulayah Naratiwat, Major General Prayong Kotsaka berkata, pemasangan itu merupakan langkah permulaan sebelum tindakan lanjut termasuk pembinaan tembok
00:23keselamatan serta pemasangan kamera lita tertutup CCTV seperti yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan di daerah Sungai Golok.
00:34Memetik bernama, beliau berkata buat masa ini kawat berduri akan dipasang di lokasi pangkalan haram yang sering dijadikan laluan oleh
00:42orang ramai untuk menyeberangi sempadan secara tidak sah, sebagaimana langkah dilakukan pihak berkuasa Malaysia.
00:48Tindakan ini bertujuan memastikan kawalan sempadan dapat dijalankan dengan lebih rapi selain mengelak kegiatan jenayah rentas sempadan.
00:56Prayong berkata pihak berkuasa Thailand juga akan mendapatkan maklum balas daripada penduduk kampung di kawasan terlibat sebelum pelaksanaan dibuat bagi
01:05mengelakkan sebarang isu pada masa depan.
01:07Dalam perkembangan sama, beliau berkata kerjasama antara Malaysia dan Thailand amat penting bagi memastikan setiap laluan di pangkalan haram dapat
01:15dipantau dengan lebih berkesan.
01:17Mengenai kegiatan pengedaran dadah di wilayah Naratiwat, Prayong berkata pihak berkuasa mengesan peningkatan penyelidupan dadah menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended