Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Malaysia meneruskan pencarian MH370 bersama Ocean Infinity dengan teknologi lebih canggih, sekali lagi menghidupkan harapan keluarga mangsa untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu selepas 12 tahun.
Transcript
00:00Baik, hari ini genap 12 tahun sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam
00:10penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
00:12Tragedi ini kekal sebagai salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan modern dan sehingga kini nasib 239 penumpang dan anak
00:20kapal masih belum diketahui.
00:24Walaupun operasi pencarian telah merangkumi lebih 120,000 km persegi lautan, bangkai pesawat dan kotak hitam masih belum ditemui sehingga
00:34kini.
00:35Hanya beberapa serpian pesawat yang disahkan milik MH370 ditemui di beberapa lokasi pesisir pantai di Afrika Timur dalam tahun-tahun
00:44berikutnya.
00:45Selepas penantian lebih syarikat, kerajaan Malaysia kini menyambung semula pencarian MH370 menerusi kerjasama dengan syarikat Ocean Infinity, sebuah firma eksplorasi
00:55dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat.
00:59Pencarian baru ini bermula pada 30 Disember 2025 di bawah perjanjian No Fine No Fee di mana kerajaan hanya perlu
01:07membayar jika pesawat ditemui.
01:09Sebelum ini, pencarian besar-besaran membabitkan Malaysia, Australia dan China meliputi 120,000 km persegi dasar laut tetapi ditamatkan pada
01:18tahun 2017 tanpa sebarang penemuan utama.
01:22Ocean Infinity juga pernah menjalankan pencarian pada tahun 2018 namun misi ketika itu turut berakhir tanpa kejayaan.
01:30Misi terbaru ini dilaksanakan dengan peralatan yang jauh lebih canggih dan keupayaan memetakan dasar laut secara lebih mendalam dan lebih
01:38tepat.
01:38Pencarian yang bersambung semula ini menghidupkan kembali harapan keluarga mangsa yang selama 12 tahun menuntut agar usaha menjejak pesawat tidak
01:47dihentikan.
01:49Memasuki ulang tahun ke-12 kehilangan MH370, nasib pesawat itu masih belum diketahui.
01:56Namun, dengan pencarian baru yang kini sedang aktif dijalankan, harapan untuk merungkai misteri ini kembali cerah dan dunia sekali lagi
02:04menunggu sama ada misi pencarian kali ini akhirnya membawa kepada jawapan yang dinantikan.
02:10dan dinantikan.
02:12Terima kasih.
Comments

Recommended