Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
FBM KLCI dijangka bergerak antara 1,690–1,730 amid konflik Asia Barat yang menjejaskan pasaran dan harga minyak. Pelabur memantau risiko gangguan bekalan serta menilai peluang dalam saham berwajaran tinggi dan sektor tenaga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Burusan Malaysia dijangka didagangkan dengan ketidaktentuan minggu depan ketika pelabur menilai semula implikasi daripada konflik yang semakin memuncak di Asia
00:09Barat.
00:10Menurut naik Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trued Sundarian Berhad, Tong Pak Leng,
00:14burusan Malaysia mungkin kekal dalam dagangan jajaran kecil minggu depan apabila pelabur mengekalkan pendirian berhati-hati dan tidak mengambil kedudukan
00:21yang agresif.
00:24Beliau berkata FBM KLCI dijangka turun naik antara RM1,690 dan RM1,730 dengan turun naik kekal tinggi dalam jangka
00:33pendek disebabkan oleh ketidakpastian geopolitik.
00:36Bagaimanapun jelasnya struktur pasaran secara meluas masih dilihat positif.
00:41Selagi indeks penada aras kekal di atas para sokongan utama RM1,690 hingga RM1,700, pelabur jangka sederhana boleh mempertimbangkan
00:50untuk menambah pegangan dalam saham berwajaran tinggi atau memilih saham minyak dan gas untuk dagangan jangka pendek.
00:57Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi Negara IPPFA, Senderah Berhad, Mawasidik Jantan berkata,
01:04hala tujuh pasaran jangka pendek akan bergantung kepada bagaimana konflik itu berkembang.
01:08Menurut beliau, pelabur akan memantau dengan teliti sama ada keadaan stabil atau bertambah buruk, terutamanya berkaitan dengan potensi gangguan kepada
01:16koridor bekalan minyak utama seperti selat hormus.
01:20Jelasnya, selagi ketidakpastian geopolitik berterusan, Bursa Malaysia mungkin terus mengalami turun naik walaupun peningkatan momentum pasaran baru-baru ini menunjukkan
01:29bahawa tekanan penurunan boleh dikekang oleh minat belian terpilih.
01:32Bagi minggu yang baru berakhir, Bursa Malaysia menyaksikan penurunan ketara ke arah-parah 1,700 mata awal minggu ini dalam
01:41persekitaran pergolakan geopolitik.
01:43Diikuti oleh pengukuhan pertengahan minggu, awal minat belian kembali kepada saham perwajaran tinggi dalam sektor tenaga.
01:49Harga minyak global meningkat menebihi $80 setong minggu ini apabila pasaran respon terhadap penutupan selat hormus selepas konflik di Asia
01:59Barat.
02:00Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 1.454 mata kepada 1,718.06 daripada 1,716.61 pada
02:11minggu sebelumnya.
02:12Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended