00:00Iran meneruskan serangan peluru berpandu terhadap Israel dengan intensiti sama seperti hari sebelumnya ketika konflik antara kedudukan negara memasuki hari
00:09ke-8 pada Sabtu.
00:10Tentera Israel maklumkan sekurang-kurangnya 5 pelancaran peluru berpandu dari Iran ke arah Israel dikesan bermula awal pagi hingga sekitar
00:195.30 pagi waktu tempatan.
00:22Pada kira-kira 11.30 pagi, Iran melancarkan satu lagi serangan menjadikannya serangan ke-6 pada hari berkenaan sehingga tengah
00:29hari pihak berkuasa kesihatan tempatan memaklumkan tiada korban dilaporkan setakat ini.
00:34Dalam beberapa kejadian, amaran awal hanya dikeluarkan 1 hingga 2 minit sebelum siren dibunyikan berbanding sekurang-kurangnya 5 minit sebelum
00:41ini.
00:42Keadaan itu mengehadkan masa penduduk untuk mendapatkan pelindungan ketika serangan berlaku.
00:46Tentera Israel bagaimanapun tidak memberikan penjelasan terperinci mengenai situasi tersebut.
00:52Menurutnya, pengesanan peluru berpandu dan roket dipengaruhi pelbagai faktor sekaligus menyukarkan pihak tentera menjamin tempoh amaran yang mencukupi kepada orang
01:00awam dalam setiap situasi.
01:03Tentera Israel turut mengakui terdapat keadaan di mana amaran awal tidak sempat dikeluarkan dan siren serangan udara dibunyikan secara terus.
01:09Dalam perkembangan sama, Tentera Israel memaklumkan dari malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu, pihaknya melancarkan siren serangan udara ke atas
01:17ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa kawasan di tengah Iran.
01:21Lebih 80 pesawat pejuang digunakan dalam operasi itu dengan kira-kira 230 bom digugurkan.
01:27Antara sasaran termasuk kemudahan bawah tanah yang digunakan bagi pengeluaran dan penyimpanan peluru berpandu balistik,
01:32serta sebuah akademi ketenteraan milik Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, IRGC.
01:38Tentera Israel turut memaklumkan satu lagi gelombang serangan udara dilancarkan pada pagi Sabtu yang menyasarkan infrastruktur di Tehran dan Isfahan.
01:46Konflik itu tercetus lepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada 28 Februari lalu
01:53yang mengorbankan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khomeini, beberapa komander kanan tentera serta ratusan orang awam.
02:00Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan drone
02:05yang menyasarkan Israel serta aset Amerika Syarikat di seluruh rantau tersebut.
Comments