00:00Baik, kita beralih ke perkembangan susulan konflik di Asia Barat.
00:03Seramai 649 rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa lokasi di Asia Barat
00:09selepas peningkatan konflik di rantau berkenaan menurut Kementerian Luar Negeri.
00:13Dalam satu nota kepada media pada Sabtu, Kementerian maklumkan bahawa sehingga jam 6 petang 7 Mac,
00:19seramai 24,568 rakyat Malaysia telah mendaftar melalui sistem e-consular.
00:28Wisma Putra maklumkan kini menumpukan usaha kepada membantu rakyat Malaysia yang terjejas
00:33serta memudah cara kepulangan mereka melalui penerbangan komersial yang tersedia.
00:39Pejabat misi-misi diplomatik Malaysia di rantau tersebut turut mengalihkan fokus operasi
00:44kepada penyelaras pemindahan dan bantuan konsular.
00:47Jemaah Menteri turut meluluskan pelan pemindahan kontingensi
00:50sekiranya keadaan keselamatan serantau bertambah buruk menunjukkan keutamaan kerajaan
00:56dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan gangguan perjalanan.
01:00Kementerian berkata koordinasi pemindahan kini memanfaatkan laluan perjalanan
01:03dan penerbangan komersial yang masih beroperasi di Emiriyah Arab Persatu UAE,
01:08Arab Saudi, Oman dan Turki.
01:10Sehingga 6 petang Sabtu, jumlah rakyat Malaysia yang terkandas di Oman
01:15menurun daripada 190 kepada hanya 5 selepas beberapa kumpulan berlepas pulang.
01:21Di UAE, 246 rakyat Malaysia di Dubai telah berjaya berlepas,
01:25meninggalkan 176 lagi dalam senarai aktif misi.
01:30Di Abu Dhabi, 25 rakyat Malaysia masih terkandas,
01:33manakala 5 lagi telah berlepas pulang.
01:35Di Bahrain pula, tiada rakyat Malaysia terkandas
01:38walaupun 105 orang telah mendaftar untuk pemindahan secara sukarela.
01:43Sementara itu, di Arab Saudi, 243 rakyat Malaysia masih terkandas,
01:48majoritinya jemaah umrah.
01:50Konsulat General Malaysia di Jeddah meningkatkan koordinasi
01:53dengan pengendali umrah dan pihak berkuasa
01:55untuk memudah cara ke pulangan mereka.
01:58Selepas borang pengumpulan data dilancarkan pada 5 Mac
02:01untuk memberi keutamaan kepada jemaah tanpa tiket pulang,
02:04sebanyak 243 permohonan telah diterima
02:08sehingga tengah hari 7 Mac.
02:10Rakyat Malaysia di rantau berkenaan disuruh mendaftar
02:13melalui sistem e-consular di https,
02:16e-consular.kln.gov.my
02:19atau menghubungi misi diplomatik terdekat.
02:22Situasi di Asia Barat tegang sejak 28 Februari
02:25apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran
02:29diikuti tindakan balas oleh Teheran terhadap kepentingan Amerika
02:32di negara-negara telur.
02:35selamat menikmati.
02:35Terima kasih.
02:35Terima kasih.
Comments