Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Kerajaan bersedia mengaktifkan pelan evakuasi pelajar Malaysia di Asia Barat mengikut tahap keselamatan semasa. KPT dan Wisma Putra memantau rapat keadaan, manakala pelajar baharu dinasihatkan menangguhkan perjalanan.
Transcript
00:00Kerajaan sedia mengaktifkan pelan evakuasi bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di Asia Barat sekiranya situasi semasa di rantau berkenaan memerlukan
00:09tindakan segera.
00:11Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim, pelan tersebut telahpun disediakan lebih awal dan boleh diaktifkan pada bila
00:18-bila masa bergantung kepada perkembangan semasa.
00:23Beliau berkata kementeriannya bersama Kementerian Luar Negeri melalui Isma Putra sentiasa memantau rapat keadaan di negara terlibat bagi memastikan keselamatan
00:32rakyat Malaysia termasuk pelajar sentiasa terjamin.
00:35Jelasnya pelajar Malaysia yang berada di negara berkenaan juga telah dikenalpasti serta dihubungi melalui wakil Malaysia di luar negara bagi
00:43memberi nasihat dan panduan sekiranya keadaan memerlukan mereka dipindahkan.
00:48Subungan itu katanya ibu bapa yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai anak-anak mereka boleh menyemak dengan Wisma Putra.
00:56Adam Adli berkata setakat ini kementeriannya mengenalpasti kira-kira 1,762 pelajar Malaysia berada di Jordan, diikuti di Arab Saudi
01:05135, Emirah Arab Bersatu 21, Kuwait 9, Iran 6 dan Qatar 3.
01:12Beliau juga turut menasihatkan pelajar yang baru menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti di Asia Barat supaya menangguhkan perjalanan buat
01:20sementara waktu berikutan keadaan semasa yang masih belum kondusif.
01:24Beliau berkata ini termasuklah gangguan penerbangan ke beberapa negara di rantau itu yang turut menjejaskan pergerakan ke destinasi berkenaan.
01:32Jelasnya langkah paling selamat ketika ini ialah menangguhkan perjalanan buat sementara waktu dan sentiasa berhubung dengan Universiti masing-masing dan
01:40KPT bagi mendapatkan kemas kini-terkini.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended