Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pemimpin negara Islam dunia mesti menghentikan permusuhan sesama sendiri dan segera bekerjasama untuk mempertahankan rantau Asia Barat.
Transcript
00:00Pemimpin negara Islam dunia mesti menghentikan permusuhan sesama sendiri dan segera bekerjasama untuk mempertahankan rantau Asia Barat daripada penjajahan rejim
00:10Israel hasil bantuan Amerika Syarikat.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menyatakan pendirian kepada beberapa pemimpin dari Asia Barat seperti Turki, Pakistan
00:21dan Afganistan menerusi panggilan telefon pada Jumaat.
00:26Pertama serangan Zionis kejam Israel dengan bantuan Amerika Syarikat ke atas Iran.
00:34Bayangkan satu negara Islam yang bertapak diserang.
00:40Kemudian akibat daripada pertempuran itu timbul keadaan yang kalut di antara negara-negara Islam sendiri.
00:49Sebab itu saya terpaksa hubungi rakan-rakan kita dari Khattar, Emirat, Bahrain untuk menyatakan simpati kita, pandangan kita.
01:04menentang penjajahan, keganasan dan kebiadaban Israel tetapi juga mengajak mereka supaya bekerjasama.
01:25Beliau menegaskan pemimpin Islam perlu belajar daripada krisis kemanusiaan yang masih mencengkam rakyat Palestine
01:31akibat keganasan rejim Israel untuk mengelakkan ia terus merebak ke seluruh rantau Asia Barat.
01:37Belum selesai itu, muncul krisis besar lagi.
01:41Satu negara di antara negara Islam yang besar dan kuat yang punya sejarah dan tamadunnya.
01:48Republik Islam Iran diserang bertubi-tubi.
01:52Dan akibatnya pecah pelah seluruh rantau.
01:58Muncul lagi beberapa pergeseran Pakistan dan Afghanistan, dua negara Islam.
02:06Suruh saudara, belajarlah daripada kenyataan sejarah.
02:12Semua ada pendangan masing-masing.
02:15Keras masing-masing.
02:16Pertahankan pendirian masing-masing.
02:19Tapi kalau tidak terkawal bil-hikmah,
02:22wal-ma'u'zatil hasanah,
02:24wajadil humbillati ya'ahsan.
02:27Tidak dengan bijaksana dan tidak dengan tradisi ilmu.
02:33Maka masing-masing buat hukum dan timbul apa yang dianjurkan hanya benci,
02:40pecah belah dan akhirnya rugi.
02:44Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Masjid Mengkuang Titi
02:48di Permatang Pauh pada Sabtu.
02:50Terima kasih.
02:52Terima kasih.
Comments

Recommended