00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati rakyat supaya merancang perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.
00:11Menurut Perdana Menteri, keadaan ekonomi negara buat masa ini masih terkawal, tetapi perkembangan geopolitik antarabangsa, khususnya konflik di Asia Barat,
00:20berpotensi menjejaskan rantaian bekalan dunia dan menekan harga barang.
00:26Jadi sementara keadaan sekarang terkawal, saya bertanggungjawab mengingatkan takarakan supaya cermat, boleh simpan-simpan dalam bulan puasa, raya, jangan boros
00:40antuarah kerana kita belum dapat jangka keadaan ekonomi berapa lama boleh bertahan.
00:47Pandai-pandai urus ekonomi, kalau datang kegawatan yang begitu rupa, tidak mudah kita selesaikan.
00:57Rakyat kena sama-sama, sedar dan bantu-membantu.
01:02Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap pertama ketika merasmikan Masjid Jamaik Mengkuang Titi di Permatang Pauh pada Sabtu.
01:09Anwar turut menyatakan hasrat untuk pertahankan harga subsidi minyak RM1.99, walaupun tempohnya tidak dapat dipastikan akibat kenaikan harga di
01:20peringkat global.
01:21Perdana Menteri menambah, kerajaan sedang mengadakan pertemuan untuk mencari jalan mempertahankan harga barangan keperluan.
Comments